Saturday, August 7, 2010

KEPUTUSAN 'GIVEAWAY CONTEST'


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan moto 'JUJUR DAN IKHLAS' (setelah dibuat undian oleh anak-anak riang),dengan ini mengumumkan keputusan 'Giveaway Contest' jatuh kepada...........................

1.KAK JANIRA 'AIN (melalui facebook)

mengapa saya memakai tudung labuh?

bak kata Muhammad Ali kepada anaknya (dalam bukunya : More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.)

"Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and ...you should be covered too."

(Tubuhmu adalah suci. Dirimu jauh lebih berharga daripada segala permata, mutiara & emas, dan ia (tubuhmu) perlu ditutup juga."

--------------------------------------------------------------------------

p/s - cerita panjangnya (credits to my friend, Azlin Nurain):

The following incident took place when Muhammad Ali's daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

"When we fina...lly arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to.

Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected.

Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell.

Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons

2.FAZLINA ADN TUE (www.menujujalankesyurga.blogspot.com)

Allah Ta’ala juga berfirman,

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Allah juga telah berfirman dalam surah an-nisaa' mafhumnya,"Wahai wanita yang beriman, labuhkanlah tudungmu hingga menutup dada kamu"

itulah tuntutan agama buat wanita, kenapa? kerana wanita itu FITNAH.Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Maka dengan itu wajarlah seorang wanita itu berusaha menyempurnakan diri dengan berpakaian yang bertepatan dengan syariat islam, dimana menutup bahagian depan dan belakang yakni kedua tempat itulah yang merupakan tempat pandangan lelaki tertumpu.

Lelaki tidak seperti wanita, lelaki tidak pernah cicir air liur jikalau tidak mendapatkan pakaian yang indah-indah, pinggan mangkuk yang mahal, kek yang bertingkat-tingkat, apalagi perhiasan intan dan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada semua itu. Tetapi apabila bertembung dengan wanita yang cantik, yang dedah aurat, yang manja, yang peramah, dosa sudah menjadi satu perkara yang kecil. Untuk tujuan itu lelaki sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit asalkan dapat mencapai matlamatnya.

seperti yang kita ketahui Allah sendiri menyuruh kaum-kaum hawa...supaya memakai pakaian yg labuh sehingga menutup dada2 mereka... apa yg Allah suruh tu.. memang utk kemaslahatan hamba2Nya... sebab Dia yg mencipta hamba2Nya...Dia lebih mengetahui.

Hiasan dan keindahan yang dimiliki seorang wanita sangat menyenangkan hatinya apabila dilihat orang. Akan tetapi kesenangan yang hujungnya ke arah neraka adalah satu kebinasaan. Oleh kerana itu menutup hiasan diri adalah satu jihad, satu ibadah yang banyak godaan dan sangat berat untuk dilaksanakan. Perintah menutup perhiasan atau ziinah itu yang sebenarnya adalah satu rahmat, tanda kasih sayang Allah kepada manusia dan penjagaan dari tertipu dengan godaan syaitan.

Jadilah pejuang Islam yang tulen, istiqamah dengan perjuangan, beriman dengan hati, menilai dengan ilmu, membuktikan dengan amalan, itulah hakikat perjuangan... sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. yang menepati syariah islam.. menjaga kesopanan, menjaga kehormatan sekaligus menjaga ISLAM..

Dan biarlah bertudung itu kerana Allah swt dan bukan kerana siapa2 mahupun kerana ingin mengikut trend semata-mata, ikhlaslah ke jalan Allah nescaya ganjaran Allah lebih besar berbanding apa yang kita lakukan kerana kasih dan cinta kepadaNYA. Ianya sama seperti "sedekah segunung tanpa ikhlas tak akan sama dengan sedekah sebiji tamar dgn hati ikhlas."

Jadilah muslimat yang luar biasa kerana sempurna pakaian mu dan sertakanlah kesempurnaan itu dengan amalan yang baik , tawaduk dan qanaah .. akhir kata..“Sesungguhnya hari ini adalah satu hari di antara hari-hari Allah, tidak pantas diisi dengan kebanggaan dan kesombongan atau keangkuhan. Ikhlaskanlah amal dan jihadmu dan tujulah Allah dengan amalmu, kerana hari ini menentukan hari-hari yang akan datang.” Pesan buat diriku,keluarga,dirimu, dan muslimat2 yang lainnya..

yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang kurang itu datangnya dari diri ana. sekian wassalam.

penambahan buat akak: bagi ana kekemasan, kebersihan itu sangatlah penting bagi umat islam ,sedangkan Nabi Muhammad SAW selalu kelihatan rapi sebagaimana yang digambarkan pada sahabat2 Beliau. Allah SWT itu sendiri sangat suka akan keindahan.. Tudung bersegi mahupun bulat sebenarnya tidak penting bagi ana asalkan ianya selesa dipakai serta kena pada agama kita... insyaAllah. usaha atas amal itu pasti diberi ganjaran yang lebih baik.. =)

3.NORMIE (www.keranakitahambanya.blogspot.com)

KENAPA SAYA BERTUDUNG LABUH?
Sejujurnya,sekolah saya memang mewajibkan tudung labuh namun saya mula istiqomah bertudung labuh ketika hari ulang tahun ke16 saya...ketika berada di tingkatan 4. Mungkin saya jatuh cinta dengan penampilan santun kakak saya ketika dia belajar di KISAS yang kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke UM. Dalam diam saya mengaguminya. Saya juga terpesona dengan Kak Long dan Kak Yah saya. Sesungguhnya penampilan kakak-kakak saya memang mempengaruhi saya.

Ketika berada di DQ saya selalu menadah tangan berdoa : " Ya Allah, thabatkan hambaMU dengan pakaian muslimah mukminah ini....hadiahkanlah hambaMU ini suami yang menolong hamba untuk istiqomah dengan pakaian muslimah mukminah ini."
Alhamdulillah, Allah anugerahkan saya dengan suami yang cukup tegas dan cukup menjaga penampilan saya agar sentiasa dalam landasan syariatNya.

NAMUN YANG PASTINYA, SEBAB YANG PALING UTAMA IALAH :
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu sulaya mereka mudah dikenali sebaik wanita baik agar tidak diganggu."
(AL AHZAB AYAT 59)

YANG TERTUTUP ITU INDAH
....berlari mengejar mardhotillah...

Bagi peserta lain yang tak menang,boleh cuba di lain masa ya.Terima kasih banyak-banyak kerana sudi join contest ini.Bagi pemenang bolehla tuntut hadiah ya......

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam Ramadhan Ct.
    Tahniah kepada semua yang menang. Jawapan pun menarik semuanya. Kakchik tak ter'join' lah contest yang bagus ni.

    Selamat menjalani ibadah puasa untuk Ct sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kak!wah....tersangat menark blog akak ni!sesuatu yg baru bagi saya...idea yg sgt menarik!nice blog kak~

    Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih buat Kak Chik dan Iqbal Syarie.Apa pun Selamat Menjalani Ibadah Puasa...Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete